Selasa, 28 Oktober 2008

LAWATAN KE ZOO NEGARA KUALA LUMPUR




"Sekejap cikgu,ZIF dengan JAH ni nak posing dulu."
"ALAMAK!Maaflah ZIF dan JAH,cikgu tak sempat nak tunggu ZIF dan Jah posing. Kereta api yang cikgu naik ni dah nak jalan ,nanti tinggal pulak."
"La,JAH !Kenapa kawan sorang lagi tu malu-malu kucing,dok peluk tiang dari tadi.Mailah ambil gambar buat kenang-kenangan,anak-anak murid cikgu nak tengok."

KELAS PRASEKOLAH RAUDAH AS-SYAKIRIN




WAH! Kalau nak rasa naik pelamin kali ke dua ,marilah beramai-ramai bawa van biru sekali datang ke SK Bukit Mahkota. Pelamin percuma tiada cas dikenakan, tempat lain tak da......


LENCANA SEKOLAH SKBM




HA!!! Ni lah dia gambar lencana SKBM dan yang satu lagi tu gambar Prasekolah.hai....baru nak mula buat mural. baru sikit dah penat..macam bajak sawah pulak..hahahah....

AKTIVITI FIZIKAL




...................WAH SERONOK NAMPAK.....................
Setelah penat belajar,kanak-kanak ini diajak untuk merehat kan minda dan tubuh badan.
nampak gayanya kanak-kanak ini seronok benar hinggakan mahu membuat aktiviti ini lagi.
HA...HA..Urut jangan tak urut kawan tu,LETIH GAYANYA....

SAMBUTAN HARI JADI DAN HARI KEMERDEKAAN











Gambar ini diambil semasa Sambutan Hari Jadi dan Sambutan Hari Kemerdekaan yang lepas.

Lihatlah bagaimana rasa kegembiraan kanak-kanak prasekolah alfalah ini malahan guru besar termasuk guru-guru yang lain pun gembira tak terkata. Almaklumlah, dah lama tak sambut hari jadi.hehehe....

ACARA LARIAN 100 METER

HA!Agak-agaknya siapa yang menang? yang kanan atau yang kiri. cuba teka!
Ini adalah gambar semasa Hari Sukan Prasekolah SKBM yang telah diadakan pada bulan Febuari 2008.Semangat kesukanan terserlah apabila acara olahraga berlangsung.Kanak-kanak prasekolah menunjukkan prestasi yang cemerlang.